Wednesday, February 10, 2010

BOKEH IMAGES.....wiheee

Minggu lps aku bljr tentang 'bokeh imej' dlm kls fotografi dgn pensyarah kls aku iaitu en.Azaini.Dibawah ni adalah tugasan yg telah diberikan semasa sesi kls tersebut.Ini merupakan pendedahan baru bg aku tntg teknik penggambaran guna kamera SLR.Aku shoot gambar ni guna kamera sendiri jenama nikon D3000.Selamat melihat hasil kerjaku ini...



Uihhh...susah jgk nk shoot gmbr 'bokeh imej' ni.Tengok orang buat mcm senang jer..aku gunakan corak bintang yang dah ditebuk pada kertas hitam,lps tu tutup lens guna kertas yang ada bentuk bintang tu.Inilah percubaan pertama aku...fokus pd botol air & shoot gambar dikawasan yang agak terang sebab terlalu banyak lampu..Gambar ni kurang menjadi sebab corak bintang yang aku nak hasilkan jd frame bentuk bintang pulak dah..Tp ade corak yang terhasil di tengah2 gambar.Masa ni aku silap zoom kamera kot,tu pasal jd macam ni.Aku gunakan lens 44mm, Aparture f/5.6, Speed 5sec & ISO 800.




Ini merupakan percubaan kedua dalam menghasilkan 'bokeh images'. Waktu ni dah pandai sikit nak buat.Yelah..budak baru belajarlah katakan..huhuu...Bentuk bintang tak berapa jadi.Tension jgk..tp aku sabar..hehee..aku gunakan lens 55mm,Aparture f/5.6, Speed 5sec & ISO 800.




Kalau nk tahu,inilah gambar favourite aku.Mula-mula aku buat percubaan letak botol air depan kamera & shoot lampu bangunan sebagai latar belakang yang aku dah 'blur'kan untuk gambar ni.Akhirnya,aku dpt gambar yg nampak klasik pd pandangan mata aku ni..hehee...Corak ni ada pd dua bhgin atas & bawah gambar sebab aku tak pakai tripod waktu ni.Jadi utk mengelakkn gegaran pd gambar yg aku ambil,aku letakkan kamera aku atas meja.Corak yang terhasil dibahagian bawah gambar sebab meja yg aku gunakan sebagai tripod tu permukaannya berkilat,maka terhasillah imej pantulan lampu.Aku gunakan lens 55mm, Aparture f/5.6, Speed 5sec & ISO 800.




Gambar ni aku ambil diatas jalan raya.Lampu-lampu jalan aku jadikan sebagai imej untuk aku hasilkan 'bokeh imej'.Corak yang terhasil kelihatan melengkung sebab aku ambil dr sudut perspektif jalan raya..menarik kan??tp kena berhati2 dengan kenderaan yang gunakan jalan yg sama kerana dikhuatiri terlanggar korang plak..tak pasal msuk hospital sbb bokeh imej..huhuu..aku gunakan lens 55mm, aparture f/5.6, Speed 1/2sec & ISO 800.




Hahaa...inilah hasil terbaik yg aku dpt drpd teknik penggambaran 'bokeh images' ni.Tapi msih lg perlu dipertingkatkan sebab aku msih tak puas hati sebab tak banyak lampu untuk aku hasilkan lagi banyak corak.Gambar ni aku ambil di tepi tasik unimas.Pemandangan waktu malam memang cantik kt sini.Banyak dugaan waktu ambil gambar ni,contohnye hari hujan.Tengah sedap2 ambil gambar tetibe je hujan turun.Tapi renyai-renyai je..aku tak kisah sangat,tp tetibe hujan turun dengan lebatnye.Apa lagi...lari cari tempat berteduh la..sayang kamera punya pasal.Diri sendiri basah kuyup pn takpe..hehee..Untuk fotografi ni,aku gunakan lens 55mm, Aparture f/5.6, Speed 0.62sec & ISO 800.Selamat mencuba kepada korang2 yg minat dgn aktiviti fotografi ni..Kalau ada komen & pendapat tentang bokeh imej ni, Komen anda sentiasa dialu-alukan..Sekian..

No comments:

Post a Comment