Wednesday, February 3, 2010

kelas fotografi..klik3!!!!

Gambar2 dibwh ialah tugasan yang telah aku lakukan.Semoga anda dpt memberi komen & melihat hasil karyaku ini..


Gambar diatas merujuk kepada namaku dan tahun 1988 merujuk kepada tahun kelahiranku sendiri. Idea dengan menulis nama sendiri menggunakan lampu suluh bertujuan untuk melihat bagaimana huruf tersebut dapat dibentuk menggunakan lampu suluh sahaja. Menggunakan lens 38mm, aparture f/10, speed 27.3sec, ISO-200.





Gambar diatas ialah gambaran titisan air selepas hujan. menggunakan teknik penggambaran dengan menggunakan lampu suluh di tempat gelap. Menggunakan lens 34mm, aparture f/22, speed 24.4sec, ISO-200.




Gambar ini ialah imaginasi saya untuk menghasilkan gambar dengan menggunakan lampu suluh. Saya cuba menghasilkan garisan yang melengkung untuk menggambarkan pergerakan air laut. Imej sebuah sampan adalah sebagai menunjukkan suasana ditengah laut dengan laut yang bergelora. Menggunakan lens 38mm, aparture f/10, speed 21.7sec.ISO-200.




Gambar diatas ialah hasil karyaku,sesi penggambaran ini dibuat dengan menggunakan lampu suluh di tempat yang gelap. Ini merupakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kelas iaitu En.Azwan. Apa yang dapat dilihat melalui gambar di atas ialah bentuk bunga yang mewakili flora. Garisan lengkung kelopak bunga dibuat dengan menggunakan lampu suluh dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Membentuk lengkungan dibahagian dalam kelopak bunga kemudian mengelilinginya secara berulang-ulang. Menggunakan lens 32mm, aparture f/10, speed 34.3sec, ISO-200.

No comments:

Post a Comment